Search
CNC Milling Machine

PERKHIDMATAN 5-AXIS CNC SHIP MODEL MILLING MACHINE

FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KELAUTAN, UMT

Membawa Idea Anda ke Realiti dengan Kepakaran & Teknologi Terkini! Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT kini menawarkan perkhidmatan 5-Axis CNC Ship Model Milling Machine untuk pelbagai keperluan industri, penyelidikan, dan akademik. Dengan pengalaman operasi lebih 9 tahun, mesin ini mampu menghasilkan model kapal dan komponen kompleks dengan ketepatan tinggi serta kemasan berkualiti.

Perkhidmatan yang ditawarkan: 

  1. Pengoperasian pengatucaraan komputer & perisian CNC
  2. Penyusunan dan perancangan kerja sebelum & selepas pemotongan
  3. Pemotongan model mengikut reka bentuk pelanggan
  4. Kemasan & pembersihan projek.

Kadar Perkhidmatan:

RM2,000/hari (termasuk penggunaan mesin, penyelenggaraan, dan tenaga kerja pakar)

Lokasi:

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pegawai Bertanggungjawab:

  • Nama : Encik Mohd Fadhil Bin Md Shukor
  • Email : m.fadhil@umt.edu.my
  • No.telefon : 09-6683652 / 016-5515942

 

Kaedah Pembayaran:

  • Bayaran di kaunter Bendahari UMT
  • Cek / Bank Draf atas nama Bendahari UMT
  • Debit / Kad Kredit

Pemindahan bank ke CIMB: 8601751742 (Tujuan bayaran: CNC, FTKKI)

Pembayaran menggunakan Vot PTJ perlu dibuat secara Vot ke Vot FTKKI (sertakan surat arahan pindahan VOT)

Sila email slip / bukti pembayaran kepada: m.fadhil@umt.edu.my

 

Gunakan teknologi canggih ini untuk memastikan model anda dihasilkan dengan ketepatan, efisiensi, dan kualiti terbaik!