Search

JEMPUTAN MENGHADIRI SESI BENGKEL BAGI PELAJAR PASCASISWAZAH BERSAMA PROF. PELAWAT SENIOR PROF. DR. PRADEEP G. SIDDHESHWAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bidang Matematik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan & Informatik (FTKKI) serta Special Interest Group for modelling and Data Analytics (SIGMDA) akan menerima kunjungan profesor pelawat iaitu Senior Prof. Dr. Pradeep G. Siddheshwar dari CHRIST (Deemed to be) University, India ke UMT bermula pada 2 – 16 Disember 2023.

2. Bersempena dengan kehadiran beliau ke UMT, sesi Bengkel Bersama Professor Pelawat akan diadakan sepertimana makluman berikut:

Sesi Perkongsian 1
Tarikh : 4 Disember 2023 (Isnin)
Masa : 9.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
Tempat : IBH 7
Tajuk : “Be a postgraduate student: What is your responsibility?”

3. Oleh itu, saya mewakili JK Program dengan berbesar hati menjemput semua rakan pensyarah dan pelajar siswazah yang berkelapangan untuk turut sama hadir ke program ini. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.