Search

Mengenai Fakulti

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Lautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merangkumi pelbagai disiplin yang menggabungkan sains, teknologi, kejuruteraan, alam sekitar dan maritim bagi melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global.

FTKKI menghimpunkan pakar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan seperti kejuruteraan maritim, mekanikal, awam, elektrik dan elektronik, kimia dan alam sekitar, di bawah satu fakulti untuk meningkatkan pengetahuan dan penyelidikan dalam bidang pengkhususan kejuruteraan marin selaras dengan visi dan misi UMT.

Objektif utama FTKK adalah untuk menyediakan program akademik yang memenuhi keperluan industri, sekali gus melahirkan graduan yang holistik, berkemahiran, inovatif dan berdaya saing tinggi dalam pasaran kerja. FTKK juga menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi kejuruteraan yang menyokong pengetahuan dan pembangunan ekonomi negara serta menjadi titik rujukan dalam menangani isu semasa dan melaksanakan program pemindahan pengetahuan untuk kelestarian sejagat.

Ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 2024 melalui penjenamaan semula Fakulti Teknologi Kejuruteraan Lautan dan Informatik (FTKKI) kepada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Laut (FTKK).

Matlamat kami adalah untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dengan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang, kerja penyelidikan dan perundingan berkaitan sains, matematik, teknologi dan kejuruteraan lautan. Semua program yang ditawarkan di fakulti kami adalah satu langkah pragmatik ke arah melahirkan sumber manusia yang berkemahiran, berdaya saing dan berintegriti.