e-Buletin
Julai – September 2026
Program : Kunjungan Hormat FTKK UMT Ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), UNISZA
Tarikh : 29 Julai 2026
Program : Kunjungan Hormat FTKK UMT Ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), UNISZA
Peserta : 7
Kuala Nerus, 29 Julai 2026 (Rabu) – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai usaha memperkukuh jaringan strategik serta mengeratkan hubungan akademik antara kedua-dua fakulti.
Delegasi FTKK diketuai oleh Dekan, Profesor Ir. Dr. Mohammad Fadhli Ahmad, bersama Timbalan Dekan (Bakat dan Penyelidikan), Profesor Madya Ts. Dr. Ahmad Nazri Dagang, Ketua Pengurusan Makmal, tiga (3) orang Pegawai Latihan Vokasional serta Timbalan Pendaftar.
Kehadiran delegasi FTKK disambut oleh kepimpinan dan pengurusan FRIT yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Mohd Shahir bin Kasim, Timbalan Dekan (Akademik dan Siswazah), Ts. Dr. Ruwaidy bin Mat Rasul, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan), ketua-ketua pusat pengajian serta Pegawai-Pegawai Latihan Vokasional.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada perkongsian amalan terbaik berkaitan fungsi, peranan dan komposisi perjawatan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) di fakulti masing-masing. Perkongsian pengalaman dan pandangan daripada kedua-dua institusi diharap dapat menjadi rujukan dalam memperkukuh pengurusan sumber manusia serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan fungsi teknikal dan sokongan akademik.
Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama strategik yang boleh diterokai pada masa hadapan, meliputi bidang akademik, penyelidikan, perkongsian kepakaran, pembangunan bakat serta pengurusan makmal bagi menyokong kecemerlangan institusi dan melahirkan graduan yang lebih kompeten.
FTKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FRIT, UniSZA atas sambutan mesra dan kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan hubungan baik yang terjalin akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Muhamad Safre bin Muhamad Sani
Penolong Pendaftar Kanan
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Latihan Reka Bentuk Kejuruteraan Marin Menggunakan Perisian AutoCAD
Tarikh : 20-23 Julai 2026
Tempat : Makmal Simulasi, Bangunan Sains Nautika, UMT
Peserta : 67
Kuala Nerus, 23 Julai 2026 (Khamis) – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan bengkel “Latihan Reka Bentuk Kejuruteraan Marin Menggunakan Perisian AutoCAD” selama empat hari untuk pelajar sekolah menengah di sekitar Terengganu. Bengkel tersebut berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2026 di Makmal Simulasi, Bangunan Sains Nautika, UMT.
Bengkel ini dilaksanakan di bawah Skim Geran Asimilasi Pengetahuan dan Teknologi (KTAGS) yang dibiayai oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), UMT, dan telah menghimpunkan seramai 67 orang pelajar daripada lima buah sekolah menengah di seluruh Terengganu, iaitu Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu, SMK Batu Rakit, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Batu Rakit, SMK Dato’ Razali Ismail, dan SMK Sultan Sulaiman.
Program ini diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Azlan Musa, Pensyarah Kanan FTKK, bersama para fasilitator Dr. Anuar Abu Bakar, Ts. Dr. Che Wan Mohd Noor Che Wan Othman, dan Dr. Sayyid Zainal Abidin Sayyid Ahmad, dengan bantuan demonstrator daripada FTKK.
Sepanjang program selama empat hari ini, para peserta didedahkan kepada persekitaran kerja AutoCAD, penggunaan pintasan papan kekunci dan tetikus, arahan melukis serta penyuntingan dua dimensi (2D) seperti Line, Circle, Trim dan Offset, selain arahan pemodelan tiga dimensi (3D) termasuk Extrude, Revolve dan operasi Boolean. Latihan ini turut menampilkan sesi demonstrasi pencetakan 3D secara praktikal. Sebagai penilaian akhir, para peserta telah menyiapkan projek mini reka bentuk komponen kejuruteraan marin, termasuk lukisan bot kecil dan komponen asas marin, dengan bimbingan berterusan daripada para pensyarah dan demonstrator.
Penilaian sebelum dan selepas bengkel menunjukkan peningkatan yang ketara dalam aspek pengetahuan, kemahiran teknikal serta keyakinan peserta berkaitan penggunaan AutoCAD. Pelajar daripada sekolah yang sebelum ini kurang terdedah kepada lukisan teknikal mencatatkan peningkatan yang paling ketara, sekali gus mencerminkan peranan program ini dalam merapatkan jurang kemahiran reka bentuk digital antara sekolah yang mempunyai tahap kemudahan dan pendedahan yang berbeza.
Bengkel ini turut menerima sumbangan in-kind daripada Prigel Ventures Sdn. Bhd. berupa sebuah pencetak 3D yang digunakan bagi tujuan latihan.
FTKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), UMT atas pembiayaan melalui geran KTAGS, serta kepada pihak pentadbir sekolah, para guru dan pelajar daripada lima buah sekolah yang terlibat atas kerjasama yang diberikan. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Prigel Ventures Sdn. Bhd. atas sumbangan yang amat bermakna, serta kepada Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), UMT atas sokongan yang diberikan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program ini. Diharapkan inisiatif seperti ini akan terus memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar sekolah di Terengganu untuk melanjutkan pengajian dan membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan, di samping membuka peluang untuk program ini diperluaskan ke lebih banyak sekolah pada masa hadapan.
Disediakan oleh:
Ts Dr. Mohd Azlan Musa
Program Teknologi Maritim dan Senibina Kapal
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
April – Jun 2026
Program : Memupuk Bakat Muda (NYT)
Tarikh : 22-23 Jun 2026
Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT
Peserta : 200
Program SULAM “Empowering STEM: AI Applications in Robotics” telah dilaksanakan dari 22 Mac hingga 23 Jun 2026 oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui kursus EDI3063 Sensor dan Transduser. Program ini melibatkan 48 orang pelajar UMT, 11 orang pensyarah dan kakitangan, 48 orang murid sekolah rendah serta 12 orang guru dari 11 buah sekolah di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan murid kepada konsep asas STEM, penderia, transduser, kecerdasan buatan dan robotik melalui pembelajaran secara praktikal. Para peserta dibimbing untuk memasang dan menguji robot ZOOM:BIT menggunakan micro:bit, Microsoft MakeCode, motor arus terus (DC), LED, buzzer, penderia garisan dan ultrasonik, serta kamera AI HuskyLens. Melalui aktiviti berkumpulan kecil, murid mempelajari bagaimana elemen input, pemprosesan dan output berfungsi bersama dalam sesuatu sistem robotik.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan, termasuk penyediaan modul, pembangunan robot, pengaturcaraan, penentukuran sensor, pengujian kamera AI dan cabaran robotik. Sesi pemindahan ilmu telah diadakan di UMT pada 16 Mei 2026 dan di SK Rengas Bekah pada 20 Jun 2026. Program ini berakhir dengan pertandingan robotik SULAM x Nurturing Young Talent di Dewan Sultan Mizan, UMT, pada 23 Jun 2026.
Program ini menghasilkan robot yang berfungsi, modul bergambar, bahan MakeCode, laporan, video serta gambar untuk kegunaan sekolah pada masa hadapan. Maklum balas menunjukkan impak positif; murid-murid menyatakan pemahaman yang lebih baik selepas program tersebut dan sangat bersetuju bahawa aktiviti-aktiviti itu bermanfaat.
Penghargaan diucapkan kepada Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), UMT, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, serta sekolah-sekolah, guru-guru, murid-murid, pensyarah, kakitangan dan pelajar yang terlibat atas sokongan dan sumbangan mereka.
Disediakan oleh:
Dr. Zulkifli bin Mohd Yusop
Ketua Projek, SULAM EDI3063 Penderia dan Transduser
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Pemerkasaan Kemahiran Sistem Bot Kecemasan
Tarikh : 3-4 Jun 2026
Tempat : Ranaco Education and Training Institute Kemaman, Terengganu
Peserta : 36
KEMAMAN – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) terus memperluas usaha pemindahan ilmu dan kepakaran akademik kepada komuniti menerusi penganjuran Projek Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bertajuk “Pemerkasaan Kemahiran Sistem Bot Kecemasan”.
Program dua hari yang berlangsung pada 3 hingga 4 Jun lalu itu diadakan di Ranaco Education and Training Institute, Kemaman, Terengganu. Ia melibatkan penyertaan seramai 23 orang pelajar Tahun 3 Diploma Offshore Engineering dari institusi berkenaan dan dikendalikan oleh 13 orang pelajar kursus MMT4233 (Loji Kuasa dan Peralatan Kapal) FTKK UMT.
Projek ini diketuai oleh Ts. Sheikh Alif bin Ali, serta didanai oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM), UMT. Program ini turut mendapat sokongan pegawai dan fasilitator universiti iaitu Dr. Sayyid Zainal Abidin bin Syed Ahmad, Dr. Mohd Afifi bin Jusoh, Ts. Dr. Mohd Azlan bin Musa, dan Ts. Dr. Che Wan Mohd Noor.
Menurut Sheikh Alif, penganjuran program SULAM ini bertujuan memberikan pendedahan dan latihan berstruktur kepada pelajar Ranaco dalam memahami sistem injap marin dan pengoperasian bot kecemasan selaras dengan keperluan industri luar pesisir terkini.
“Inisiatif ini menjadi platform terbaik buat pelajar UMT bagi mengaplikasikan teori dan kemahiran amali daripada kursus MMT4233 dalam situasi sebenar. Pada masa sama, ia mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi dan tanggungjawab sosial pelajar universiti menerusi aktiviti khidmat masyarakat berasaskan pembelajaran,” katanya.
Disediakan oleh:
Ts. Sheikh Alif Bin Ali
Pegawai Latihan Vokasional
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Julai – September 2025
Program : Sesi Perbincangan Program Promosi Akademik Bersama Pusat Komunikasi Korporat, UMT
Tarikh : 15 July 2025
Tempat : Ibnu Battuta Meeting Room, FPEPS
Peserta: Wakil PKK, UMT, Wakil Pengurusan FTKK serta Jawatankuasa Promosi FTKK.
Sesi Perbincangan Program Promo Bersama Pusat Komunikasi Korporat (PKK), UMT telah diadakan pada 15 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Batutta, FPEPS. Wakil PKK yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Zulkifree Ibrahim, Pengarah PKK, UMT telah membuat kunjungan hormat ke FTKK bagi bertemu secara bersemuka dengan Pengurusan FTKK serta Jawatankuasa promosi FTKK. Delegasi FTKK diketuai oleh Dr Wan Rafizah binti Wan Abdullah, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) dan turut dihadiri oleh Profesor, Ketua-ketua Program serta Promoter dan Penyelaras Promosi FTKK.
Sesi ini berperanan sebagai platform perbincangan strategik bagi merangka dan menyelaras aktiviti promosi yang dirancang oleh fakulti untuk mengetengahkan program-program pengajian pra-siswazah yang ditawarkan oleh FTKK. Fokus utama perbincangan adalah untuk merancang strategi pengukuhan promosi sempena pembukaan Fasa 2 Kemaskini Permohonan UPUOnline yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 8 Ogos 2025, di samping merangka pelan promosi jangka panjang yang mampu meningkatkan kadar enrolmen pelajar serta keterlihatan program-program akademik fakulti.
Menerusi sesi komunikasi dua hala ini, pihak Pusat Komunikasi Korporat (PKK) berpeluang mendapatkan maklum balas secara langsung serta mengenal pasti isu-isu berkaitan pelaksanaan program promosi di peringkat fakulti. Dalam masa yang sama, pihak PKK turut berkongsi berkenaan inisiatif dan peruntukan yang disediakan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti promosi agar dapat dimanfaatkan secara optimum oleh pihak fakulti.
Ketua Program dan Penyelaras yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan promosi program pengajian di FTKK menyambut baik inisiatif pihak PKK dalam mendapatkan input terus dari peringkat fakulti serta menyediakan bantuan peruntukan bagi melancarkan pelaksanaan strategi promosi yang lebih tersusun dan berkesan. Pihak fakulti turut menyatakan harapan agar usaha dan agenda seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sebagai satu platform penyelarasan bersama ke arah memperkukuh keterlihatan dan kelestarian enrolmen program pengajian di FTKK.
Disediakan oleh:
Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah @ Wan Abd. Rahman
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program: Penyertaan FTKK di Malaysia Maritime Week 2025: Promosi Program Pengajian dan Jaringan Industri Maritim
Tarikh : 15-17 Julai 2025
Tempat : Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur
Peserta: 2
Kuala Lumpur, 15–17 Julai 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil bahagian sebagai peserta dan pempamir dalam program tahunan berprestij, Malaysia Maritime Week 2025 (MMW25) yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Kuala Lumpur. Penyertaan ini merupakan inisiatif strategik dalam memperkukuh peranan UMT sebagai salah satu peneraju bidang teknologi kejuruteraan kelautan serta mempromosikan program-program pengajian yang ditawarkan kepada pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dan industri.
Dua orang wakil FTKK, iaitu Dr Sayyid Zainal Abidin bin Syed Ahmad dan Encik Sheikh Aliff bin Ali, telah menyertai delegasi UMT sebagai peserta dan pengendali reruai pameran. Mereka berperanan memperkenalkan program akademik yang ditawarkan oleh FTKK serta menjalin jaringan strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam industri maritim.
Delegasi UMT turut disertai oleh wakil daripada Fakulti Pengajian Maritim (FPM) dan Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM). Keseluruhan penyertaan ini menggambarkan komitmen UMT dalam memantapkan kehadiran institusi di peringkat kebangsaan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan maritim serta teknologi kelautan.
Pameran yang dijalankan di reruai UMT menampilkan bahan promosi seperti risalah program, infografik pengajian berkaitan teknologi maritim dan inovasi penyelidikan. Para pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakil fakulti untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program pengajian, kemudahan makmal, peluang latihan industri, dan prospek kerjaya selepas tamat pengajian.
Penganjuran MMW25 oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Bahagian Maritim dan Jabatan Laut Malaysia, dengan kerjasama badan industri seperti MASA serta rakan antarabangsa seperti International Maritime Organization (IMO) dan Partnerships for Infrastructure (P4I), telah menghimpunkan agensi kerajaan, institusi akademik, dan pemain industri maritim serantau dalam satu platform kolaboratif. Bertemakan “Our Ocean, Our Obligation, Our Opportunity”, acara ini menekankan kelestarian industri maritim dan kepentingan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor berkenaan.
Sepanjang tiga hari penglibatan FTKK dalam pameran ini, para wakil fakulti telah berpeluang membina hubungan kerjasama dengan pelbagai syarikat, agensi, serta institusi tempatan dan antarabangsa. Di samping itu, interaksi secara langsung bersama pelajar dan ibu bapa turut membuka peluang untuk mempromosikan program pengajian FTKK secara lebih meluas dan berkesan.
Penyertaan ini telah memberi pendedahan meluas terhadap kebolehan dan potensi FTKK dalam melahirkan graduan berkualiti tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri maritim negara. Ia juga selaras dengan aspirasi UMT untuk terus menerajui pendidikan dan penyelidikan dalam bidang kelautan pada peringkat serantau dan global.
FTKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FPM dan pengurusan universiti atas sokongan terhadap penyertaan ini serta kepada semua warga fakulti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Fakulti kekal komited untuk meneruskan penglibatan dalam acara seumpama ini bagi memperkukuh usaha pengantarabangsaan, keterlibatan industri, serta penjenamaan universiti di persada antarabangsa.
Disediakan oleh:
JK Promosi FTKK
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Lawatan Persiapan dan Pemantauan Fasiliti untuk Pelaksanaan Program Ijazah Dual
dengan Institut Teknologi Sepuluh Nopember
Tarikh : 20-23 Ogos 2025
Tempat : ITS, Surabaya, Indonesia
Peserta: 4 peserta
Surabaya, Indonesia, 20 – 23 Ogos 2025, Delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan kunjungan hormat ke Fakultas Teknik Kelautan (FTK), Institut Teknologi Sepuluh Nopember bagi melaksanakan sesi lawatan persiapan dan pemantauan fasiliti untuk pelaksanaan ijazah dual Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) dengan kepujian dan Sarjana Teknik Kelautan.
Deligasi UMT telah diketuai oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohammad Fadhli bin Ahmad, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) dan turut dihadiri oleh Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Dr. Mohammad Fakhratul Ridwan bin Zulkifli, Ketua Program Ijazah Dual SMSG TM dan Tuan Hj. Mohd Noor Shokri bin Abd. RahmanPengarah PPPK. Sesi ini telah mempertemukan pihak UMT dengan wakil dari FTK yang diketuai oleh Kepala Departemen, Prof. Dr. Eng. M. Zikra dan Penyelaras Program, Dr. Dendy Satrio.
Kunjungan hormat dan lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ijazah dual yang akan memulakan pengambilan pertama pada Sesi 2025/2026. Antara agenda utama lawatan adalah untuk membincangkan proses pendaftaran pelajar, pengurusan akademik dua hala antara UMT – ITS. Selain itu, sesi lawatan ini juga melibatkan pemantauan kemudahan bagi pembelajaran, penginapan dan lain lain kemudahan bagi menjamin kesejahteraan pelajar. Pihak UMT juga berpeluang memberikan taklimat kepada pelajar-pelajar ITS yang berminat mengikuti pengajian Ijazah Dual.
Disediakan oleh:
Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah @ Wan Abd. Rahman
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Scientific Exploration III Siri 1 – FTKK Perkenal Bidang-bidang Pengajian dan Penyelidikan kepada Pelajar PASTEM
Tarikh : 21 Ogos 2025
Tempat: Makmal Sains Bahan, Makmal Berpusat & Makmal Sains Nautika.
Peserta: 85 pelajar Asasi STEM
UMT, 21 Ogos 2025, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) UMT telah menjayakan program Scientific Exploration III bersama 85 pelajar dan pensyarah Asasi STEM UMT. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran dalam pelaksanaan kursus Science in Life 1 yang diikuti oleh pelajar-pelajar Asasi bagi Sesi 2025/2026.
Sesi ini telah dijayakan dengan penyertaan daripada Ketua Program, Penyelaras Promosi FTKK, serta staf pengurusan makmal FTKK sebagai pempamer.
Antara aktiviti yang dilaksanakan dalam sesi ini termasuklah taklimat bidang pengajian dan penyelidikan, pengenalan kepada peralatan dan teknik saintifik berkaitan bidang teknologi kejuruteraan, aktiviti interaktif serta lawatan teknikal ke fasiliti makmal teknologi maritim dan senibina kapal.
Secara keseluruhannya, para pelajar teruja dengan demonstrasi peralatan dan penerangan oleh pensyarah dalam pelbagai cabang penyelidikan. Sesi ini diharap akam dapat membuka minda pelajar berkenaan prospek dan kepentingan bidang teknologi kejuruteraan.

April – Jun 2025
Program : Program Mobiliti Antarabangsa UMT ke PSU, Thailand Perkukuh Pengalaman Global Mahasiswa
Tarikh : 29 April – 2 Mei 2025
Tempat : Prince of Songkla University (PSU)
Peserta : 10
Program Mobiliti Antarabangsa ke Prince of Songkla University (PSU), Thailand merupakan sebuah inisiatif kolaboratif antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan PSU yang bertujuan memperkasa pengalaman pembelajaran rentas sempadan serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian global dalam kalangan mahasiswa. Program ini telah berlangsung dari 29 April hingga 2 Mei 2025, bertempat di kampus PSU, Thailand serta kawasan sekitarnya termasuk kawasan industri tradisional tempatan.
Seramai 10 orang pelajar daripada Program Teknologi (Alam Sekitar), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) telah menyertai program ini bersama seorang pensyarah pengiring, iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Shahrul bin Ismail. Pelaksanaan program ini merupakan salah satu usaha fakulti dalam membentuk pelajar yang berdaya saing dan berwawasan global.
Sepanjang empat hari program berlangsung, para peserta telah terlibat secara aktif dalam The 14th Sci-Tech Symposium 2025 yang bertemakan “Green Balance: Towards Carbon Neutrality”. Mereka berpeluang menghadiri sesi ceramah ilmiah yang disampaikan oleh pakar-pakar antarabangsa dalam bidang biojisim, kejuruteraan proses, dan ekonomi bio-kitaran, di samping menyertai perbincangan dan sesi perkongsian bersama pelajar antarabangsa dari pelbagai negara.
Selain itu, peserta turut menjalani lawatan ilmiah dan budaya ke Pattani Sweet Salt, iaitu sebuah kilang garam tradisional yang menerapkan amalan lestari dalam proses pengeluarannya. Lawatan ini membuka ruang kepada pelajar untuk melihat secara langsung bagaimana industri tradisional tempatan boleh bergerak seiring dengan prinsip kelestarian alam sekitar.
Keseluruhan program ini bukan sahaja memperkaya ilmu dan pengalaman pelajar dari sudut akademik dan budaya, malah turut membuka perspektif global mereka terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar sejagat. Inisiatif ini secara tidak langsung menyokong hasrat universiti dalam melahirkan graduan berintegriti, berpemikiran antarabangsa serta prihatin terhadap cabaran masa depan yang berasaskan kelestarian.
Disediakan oleh:
Dr. Rohani Binti Mustapha
Pensyarah, Bidang Teknologi Alam Sekitar dan Tenaga Boleh Diperbaharui
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Program Discover UMT
Tarikh : 13 & 14 Mei 2025
Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT
Peserta : 1000
Program Discover UMT 2025 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 13-14 Mei 2025 bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program ini menggabungkan pameran akademik dan penyelidikan yang disertai oleh PASTEM, FPSM, FSSM, FTKK, FPM, FKSM, PPAL, PPPA, Pusat UMT Life, INOS, AKUATROP, ICAMB, IBPTL, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, KPT (UPUonline), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta penampilan khas Edufluencer.
Seramai lebih 1000 orang peserta telah menyertai program ini, rata ratanya pelajar sekolah menengah sekitar negeri Terengganu. Seramai lebih kurang 30 orang warga akademik, staf sokongan dan pelajar FTKK telah menjadi promoter fakulti sepanjang 2 hari program ini berlangsung. Tugasan promoter fakulti ialah untuk mempromosikan program pengajian di FTKK kepada peserta yang hadir.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya meningkatkan keterlihatan FTKK kepada pelajar sekolah di luar sana.
Disediakan oleh:
Nur Asyirah binti Mahadi
Penolong Pendaftar
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Program Pengukuhan Akademik dan Sesi Bersama Mentor Sesi I 2025
Tarikh : 14 Jun 2025
Tempat : Dewan Seminar 1 & 2, UMTCC
Peserta : 90
Program Pengukuhan Akademik dan Sesi Bersama Mentor 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Jun 2025 bertempat di Dewan Seminar 1 dan 2, UMTCC. Program ini merupakan anjuran bersama Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) dengan kerjasama Pusat Kaunseling dan Kesejahteraan Mahasiswa (PKKM), UMT.
Seramai 94 orang pelajar terpilih menyertai program ini, yang merupakan sebahagian daripada usaha intervensi akademik fakulti bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi berdasarkan keputusan akademik Semester I Sesi 2024/2025. Objektif utama program adalah untuk mencungkil potensi pelajar serta memberikan bimbingan holistik dari aspek akademik dan kesejahteraan diri.
Dua pegawai psikologi dari PKKM, iaitu Encik Mohamad Daniel Haiqal bin Omar dan Cik Noor Najmiah binti Ali, telah dijemput sebagai penceramah dan fasilitator. Mereka telah berkongsi pendekatan kaunseling berkelompok serta modul interaktif berkaitan teknik pembelajaran berkesan, pengurusan masa dan strategi menghadapi tekanan akademik.
Selain itu, program ini turut menyediakan platform untuk pelajar berinteraksi secara terbuka bersama kaunselor dan mentor bagi membincangkan cabaran dalam pembelajaran, serta mendapatkan sokongan moral dan motivasi secara berstruktur. Peluang ini diharap dapat membantu pelajar membina keyakinan diri dan merangka semula strategi akademik untuk meningkatkan PNGK mereka.
Secara keseluruhannya, para peserta menyambut baik inisiatif fakulti dalam menyediakan ruang sokongan akademik dan emosi. Aktiviti-aktiviti interaktif yang dijalankan sepanjang program turut dilihat memberi impak positif kepada motivasi dan kesediaan pelajar untuk mempertingkat prestasi serta melengkapkan pengajian mereka dengan lebih cemerlang.
Disediakan oleh:
Dr. Wan Rafizah binti Wan Abdullah @ Wan Abd. Rahman
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program: Penyertaan FTKK dalam Karnival WOW2025
Tarikh : 28 Jun 2025
Tempat : Dataran Canselori, UMT
Peserta: Penyelaras Promosi FTKK dan Wakil Program
Universiti Malaysia Terengganu, 28 Jun 2025 – Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) dengan bangganya telah menyertai karnival World Ocean Week (WOW2025) yang berlangsung di UMT bersempena sambutan Hari Lautan Sedunia UNESCO. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan UMT terhadap kelestarian lautan dan celik lautan, manakala penglibatan aktif FTKK adalah sebahagian daripada usaha strategik untuk meningkatkan kesedaran serta mempromosikan program-program akademik kepada khalayak yang lebih luas.
Diketuai oleh Penyelaras Promosi FTKK dengan sokongan wakil-wakil program akademik, reruai pameran FTKK menjadi antara tarikan utama sepanjang hari tersebut. Staf fakulti dan sukarelawan pelajar bersedia menerima kunjungan pengunjung, menerangkan penawaran akademik fakulti serta melibatkan orang ramai melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat pendidikan.
Reruai FTKK menampilkan pelbagai bahan promosi termasuk brosur program pengajian yang mengetengahkan peluang pengajian di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah dalam bidang teknologi maritim, senibina kapal, teknologi elektrik dan elektronik, teknologi alam sekitar, serta tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, pameran interaktif berkaitan kelestarian lautan dan inovasi teknologi marin turut dipersembahkan untuk menarik minat serta menggalakkan penglibatan masyarakat.
Antara tarikan utama ialah kuiz bertemakan kelestarian dan demonstrasi model teknologi marin. Usaha-usaha ini bukan sahaja memperkenalkan FTKK kepada pelajar berpotensi dan komuniti setempat, malah turut menyerlahkan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan yang berdaya saing dan mampu menangani cabaran alam sekitar global melalui sains, inovasi dan penyelesaian kejuruteraan.
Bertempat di kampus UMT, khususnya Dataran Canselori, WOW2025 menarik penyertaan pengunjung dari sekolah-sekolah tempatan, komuniti sekitar dan rakan kerjasama luar. Program ini menyediakan platform bermakna kepada FTKK untuk memperkukuh keterlihatan, menyokong agenda kelestarian UMT dan mempromosikan pendidikan lautan selaras dengan kempen global UNESCO.
FTKK merakamkan penghargaan kepada penganjur program dan pihak pengurusan UMT atas peluang untuk turut serta. Fakulti komited untuk terus memupuk kesedaran kelautan dan meluaskan jangkauan melalui penglibatan berterusan dalam program libat urus masyarakat yang berimpak tinggi seperti WOW2025
Disediakan oleh:
JK Promosi FTKK
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Oktober – Disember 2024
Program : Puteri Techtrek Serlahkan Bakat Puteri Islam Dalam Dunia Robotik
Tarikh : 26 Oktober 2024
Tempat : Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Peserta : 150
KUALA TERENGGANU, 26 OKTOBER 2024 — Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Puteri TechTrek: Eksplorasi Dunia Robotik di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Program sehari yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini disertai oleh 150 ahli Puteri Islam, dengan bimbingan 15 fasilitator daripada pelajar FTKK dan 3 pensyarah FTKK sebagai penceramah utama.
Menurut Pengarah Program, Dr. Siti Norbakyah Jabar, program ini bertujuan memperkasa pelajar wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan memberi pendedahan awal kepada dunia elektronik dan robotik.
“Melalui program ini, peserta bukan sahaja mempelajari pemasangan dan pengaturcaraan asas robotik menggunakan Maker UNO, malah mereka turut diasah dari segi kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah secara berpasukan,” jelas beliau.
Antara aktiviti utama sepanjang program termasuk sesi pengenalan kepada komponen Maker UNO, bengkel pengaturcaraan menggunakan Arduino IDE, dan kalibrasi sistem robot. Acara kemuncak adalah Pertandingan Line Following Robot yang menyaksikan peserta menguji keupayaan robot ciptaan mereka di trek pertandingan.
Professor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai generasi wanita muda yang celik teknologi.
Program ini berjaya mencapai objektifnya sebagai platform pendedahan STEM kepada pelajar sekolah, di samping mengukuhkan hubungan komuniti antara pihak universiti dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh:
Dr. Siti Norbakyah Binti Jabar
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : Junior Terengganu Robotic Challenge 2024 (JTRC 2024)
Tarikh : 5 November 2024
Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT
Peserta : 100 pasukan
Junior Terengganu Robotic Challenge 2024 (JTRC 2024), pertandingan robotik pertama untuk pelajar sekolah rendah di Terengganu, telah diadakan pada 5 November lalu di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pertandingan itu merupakan usaha bersama antara Fakulti Teknologi Kejuruteraan Laut (FTKK), Sekolah Rendah (SKRB) Rengas Bekah, Jabatan Pendidikan Terengganu (JPN) dan Cytron Technologies Malaysia. Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan teknologi robotik dalam kalangan pelajar sekolah rendah di seluruh negeri dan memupuk minat awal dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Membawa tema ‘Belajar Sambil Berinovasi”, JTRC 2024 berjaya menarik penyertaan lebih 100 pasukan, dengan setiap pasukan terdiri daripada empat pelajar.
Pertandingan julung kali diadakan itu turut menyaksikan penyertaan daripada pasukan di bawah kategori Sekolah Khas yang terdiri daripada sekolah Orang Asli, sekolah luar bandar dan sekolah rendah (SKM). SK Sungai Berua, sebuah sekolah Orang Asli, menghantar dua pasukan walaupun terletak jauh dari infrastruktur asas. Penyertaan oleh sekolah di bawah kategori ini dilihat sebagai penting untuk merapatkan jurang pendidikan dan menyediakan peluang yang sama kepada semua pelajar untuk meneroka teknologi terkini, yang merupakan salah satu aspirasi Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim.
Beberapa sekolah luar bandar yang terletak jauh dari pusat bandar turut mengambil bahagian antaranya SK Sungai Las dan SK Merbau Menyusut dari Setiu dan SK Padang Setengge dari Hulu Terengganu. Penyertaan mereka memberi peluang kepada pelajar dari kawasan ini untuk mengambil bahagian dalam pembelajaran robotik yang mungkin tidak mudah diakses di lokasi mereka. Sekolah rendah termasuk SK Darau di Besut, SK Sentol di Patah, Marang, SK Pecah Rotan di Kuala Nerus, dan SK Pasang Luas di Besut, turut menghantar wakil ke pertandingan robotik walaupun sekolah itu berdepan pelbagai cabaran. Lebih daripada 50% peserta pertandingan robotik berasal dari sekolah luar bandar, dan mereka telah mendapat pendedahan berharga dalam bidang teknologi, menjadikan mereka lebih yakin untuk terus berinovasi.
Menurut pengarah program, Prof. Prof Ts Dr Ahmad Nazri Dagang, pertandingan itu bukan sahaja bertujuan memperkenalkan teknologi robotik kepada pelajar, malah menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif dalam mencari penyelesaian kepada cabaran yang diberikan.
“Robotik bukan semua tentang teknologi; ia menggabungkan sains, matematik dan kemahiran pemikiran kritis yang penting. Kami percaya bahawa persaingan adalah cara yang ideal untuk memperkenalkan semua elemen dengan cara yang menarik dan interaktif,” katanya.
Selain itu, JTRC 2024 turut menekankan aspek komunikasi dan kerjasama dengan meminta pelajar bekerjasama dalam kumpulan untuk bertukar idea dan belajar mencari penyelesaian bersama. Pengalaman ini boleh membantu membina keyakinan diri dan kemahiran sosial yang penting dalam kalangan pelajar sambil mengukuhkan pengetahuan teknologi mereka.
Semasa pertandingan berlangsung, orang ramai turut diperkenalkan dengan program akademik yang ditawarkan oleh FTKK.
“FTKK telah menganjurkan beberapa bengkel robotik untuk guru-guru sekolah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan itu, dan program ini diharap dapat meningkatkan minat pelajar terhadap teknologi dan kejuruteraan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan sumber manusia berkemahiran tinggi pada masa hadapan,” katanya.
Disediakan oleh:
Dr. Siti Norbakyah Binti Jabar
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Program : FTKK Bowling Day 2024 Eratkan Ukhwah Warga Fakulti
Tarikh : 25 November 2024
Tempat : Coral Crown Bowl Kuala Terengganu
Peserta : 30
KUALA TERENGGANU, 26 OKTOBER 2024 — Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK), Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Puteri TechTrek: Eksplorasi Dunia Robotik di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Program sehari yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ini disertai oleh 150 ahli Puteri Islam, dengan bimbingan 15 fasilitator daripada pelajar FTKK dan 3 pensyarah FTKK sebagai penceramah utama.
Menurut Pengarah Program, Dr. Siti Norbakyah Jabar, program ini bertujuan memperkasa pelajar wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan memberi pendedahan awal kepada dunia elektronik dan robotik.
“Melalui program ini, peserta bukan sahaja mempelajari pemasangan dan pengaturcaraan asas robotik menggunakan Maker UNO, malah mereka turut diasah dari segi kreativiti, kerjasama dan penyelesaian masalah secara berpasukan,” jelas beliau.
Antara aktiviti utama sepanjang program termasuk sesi pengenalan kepada komponen Maker UNO, bengkel pengaturcaraan menggunakan Arduino IDE, dan kalibrasi sistem robot. Acara kemuncak adalah Pertandingan Line Following Robot yang menyaksikan peserta menguji keupayaan robot ciptaan mereka di trek pertandingan.
Professor Ts. Dr. Che Mohd Ruzaidi bin Ghazali, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan berharap program seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai generasi wanita muda yang celik teknologi.
Program ini berjaya mencapai objektifnya sebagai platform pendedahan STEM kepada pelajar sekolah, di samping mengukuhkan hubungan komuniti antara pihak universiti dan masyarakat setempat.
Disediakan oleh:
Dr. Siti Norbakyah Binti Jabar
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
April – Jun 2024
Program : Program Pengukuhan Akademik FTKK Tahun 2024
Tarikh : 18 Mei 2024
Tempat : DS1 & DS2, UMTCC
Participants : 80
Program Pengukuhan Akademik anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan (FTKK) telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024 bertempat di DS1 & DS2, UMT Conventional Centre (UMTCC). Penceramah dan moderator jemputan bagi program ini adalah YBrs. Prof. Dr. Che Mohd Ruzaidi Bin Ghazali.
Program ini menyediakan platform untuk pelajar berinteraksi secara terbuka Bersama moderator dan mentor bagi membincangkan cabaran dalam pembelajaran, serta mendapatkan sokongan moral dan motivasi secara berstruktur. Peluang ini diharap dapat membantu pelajar membina keyakinan diri dan merangka semula strategi akademik untuk meningkatkan PNGK mereka.
Secara keseluruhannya, para peserta menyambut baik inisiatif fakulti dalam menyediakan ruang sokongan akademik dan emosi. Aktiviti-aktiviti interaktif yang dijalankan sepanjang program turut dilihat memberi impak positif kepada motivasi dan kesediaan pelajar untuk mempertingkat prestasi serta melengkapkan pengajian mereka dengan lebih cemerlang.
Semoga pelajar-pelajar terpilih yang menghadiri program ini memperoleh ilmu dan motivasi yang bermanfaat untuk meningkatkan kecemerlangan akademik mereka pada semester ini dan semester seterusnya.
Disediakan oleh
Pn. Nur Asyirah Binti Mahadi
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan, UMT
Oktober – Disember 2023
Program : Karnival Saham Terengganu 2023
Tarikh : 4 November 2023
Tempat : Dewan Sultan Mizan, UMT
Peserta : 1289
Program ini adalah kerjasama antara FTKKI dan bursa malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang pelaburan dan penipuan. Ia berlangsung selama satu hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdapat banyak aktiviti yang diadakan antaranya ceramah dan seminar, pertandingan mewarna dan booth daripada beberapa agensi.
July – September 2023
Program : Occupational Safety and Health Awareness Day 2023
Date : 5 July 2023
Venue : Kompleks Pembelajaran Berpusat Pelajar, FTKKI
Participants : UMT Staff
This program was attended by members of FTKKI, especially lab staff and administration. The topic covered occupational safety and health at FTKKI and UMT. This event was held on July 5, 2023, at Kompleks Pembelajaran Berpusat Pelajar, FTKKI. The objectives of this program are to increase awareness and basic knowledge surrounding safety and health. The topics place more stress on ergonomics, self-assessment, and others. Alhamdulillah, this event was successfully and fully filled with topics covered by speakers, medical checkups from PKU, and supplier company exhibitions from Permula Sdn Bhd.
Program : FTKKI Summer School 2023: Digitalized Heritage and Culture
Date : 31 July – 13August 2023
Venue : Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Chagar Hutang (Pulau Redang)
Participants : 17 orang peserta dari UNIKOM (Universitas Komputer) – Bandung, Indonesia, Dr. M.G.R Educational and Research Institute – India and Universitas Ahmad Dahlan – Jogjakarta, Indonesia.
Faculty of Ocean Engineering Technology and Informatics (FTKKI) held the annual inbound mobility program, “FTKKI Summer School 2023: Digitalized Heritage and Culture”, which successfully took place from July 31 to August 13, 2023. In its fifth edition, the event successfully attracted the participation of 17 participants from two (2) countries; Indonesia and India. There were ten (10) participant from Universitas Komputer Indonesia (UNIKOM), five (5) from Dr. MGR Educational and Research Institute, India, and two (2) from Ahmad Dahlan University (UAD). Additionally, there was one (1) accompanying lecturer, Dr. Alice Rufina, from Dr. MGR Educational and Research Institute, India.
The program received collaboration from the International Centre Department, Student and Alumni Affairs Department (HEPA), Knowledge Transfer Center, Industry and Society Network (PPIJIM), and assistance from appointed “Buddies,” seven (7) students from Computer Science Department and Mathematics Department. This credit-bearing program retained the same format as previous years, comprising four (4) lectures delivered by five (5) lecturers from Mathematics Department and three (3) lectures delivered by five (5) lecturers from Computer Science Department. The program is aimed to expose the participants to mathematical concepts and computer technology related to the heritage and culture of Terengganu.
Participants were guided to produce videos based on four (4) heritage and cultural excursions, including visits to Terengganu Cultural Village, Lambo Sari Cultural Center, AZ Keropok, Crystal Mosque, Puan Rohani Longuet Library, and Duyong Island traditional boat making. At the end of the program the participants presented multimedia projects with augmented reality technology, showcasing fieldwork recordings and linking mathematical concepts within the scopes of architecture, traditional food, fashion, dance and music, or traditional games.
In addition to heritage and cultural visits, the participants explored various cultural beauties within Terengganu’s natural surroundings, including UMT (Chancellor’s Office, e-learning studio, Sultanah Nur Zahirah Library, Student Complex, and Sultan Mahmud Islamic Center), Chagar Hutang, Redang Island, Pasar Payang, and Chinatown to enrich their cultural experiences.
The program’s climax was the closing ceremony held at UMT Convention Center (UMTCC), featuring cultural performances, montage presentations, certificate giving ceremony to all participants, and awards for the best projects. The group with the highest score received the “Best Project Award,” and their video was showcased during the closing ceremony.
In the closing speech by the Deputy Vice-Chancellor (Academic), Professor Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ibrahim, expressed admiration for the presented projects. He stated, “From the brief video presentation, I am greatly impressed with the connection between Islamic architecture and Mathematics presented. I believe there are many more mathematical concepts we can explore beyond the aspect of architectural art. Such out-of-class explorations are what we hope for in achieving the objectives of mobility programs, allowing participants to learn about local culture.”
Following the closing ceremony, a Letter of Intent (LoI) signing ceremony between FTKKI, UMT, and UNIKOM was held to strengthen the relationship between the two universities. Represented by UMT FTKKI Dean, Professor Ir. Dr. Mohammad Fadhli Ahmad and International Publishing Director, Dr. Senny Luckyardi from UNIKOM, the ceremony was witnessed by Deputy Vice-Chancellor Academic, Professor Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, and PPIJM Director, Dr. Zuha Rosufila Abu Hasan. This collaboration is expected to have a positive impact for both universities in terms of academic research, publications, and supervision.
Program : Program Pendakian Semarak Merdeka FTKKI 2023
Date : 30 August 2023
Venue : Dataran Bukit Lubuk Batu, Marang Terengganu
Participants : FTKKI Staff
The initiative to conduct “Pendakian Semarak Merdeka 2023” program is driven by the Health and Safety Committee of the Faculty of Maritime Engineering and Informatics Technology (FTKKI), is aligned with the promotion of a healthy lifestyle.
The program is set to unfold at the scenic locale of Bukit Lubuk Batu, Marang, Terengganu. The primary objective of the Independence Hike FTKKI 2023 is to kindle a heightened sense of patriotism among FTKKI members, fostering unity and national pride. Additionally, the initiative supports (PSUMT Teras 1 OS 3), aiming to cultivate a prosperous work culture through an appreciation for nature.
In essence, the program seeks to establish a healthy lifestyle by actively engaging participants in physical activities, cultivate an active workforce with a genuine interest in sports events, strengthen teamwork among colleagues, and foster patriotic sentiments during the month of independence.
The “Pendakian Semarak Merdeka 2023” is designed to be inclusive, open to all FTKKI members with a participant limit set at 40 individuals. The event is scheduled for August 30, 2023, to coincide with the Independence Month celebrations.
As we anticipate approval from the FTKKI Management Committee, the “Pendakian Semarak Merdeka 2023” is envisioned not only as a physical endeavor but as a unifying experience. It aims to contribute to the physical fitness of participants while fostering lasting bonds and instilling a profound sense of pride and love for the country.
In conclusion, we express our enthusiasm for the potential success of this event and its positive impact on the FTKKI community. We believe that the “Pendakian Semarak Merdeka 2023” aligns with the principles of a healthy and active lifestyle, coupled with a deep sense of patriotism.