Search

Himpunan Mahasiswa Matematik

Mathematics Student Club

Mathematics Algebra Challenge 2021

Program “Mathematics Algebra Challenge 2021 merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT) dan terbuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi UMT. Objektif program kami ialah untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan memupuk minat para pelajar UMT tidak kira latar belakang akademik untuk menguasai bidang matematik.

Program ini merupakan “quiz-based” competition di mana pelajar akan diberikan soalan di bawah tajuk Algebra yang telah dipelajari ketika di peringkat prauniversiti. Para peserta diberi masa yang panjang iaitu selama 6 jam untuk menjawab, pemenang untuk program ini dinilai berdasarkan jumlah markah yang diperolehi dan yang paling cepat menghantar.

HADIAH/KELEBIHAN PROGRAM

Mahasiswa-mahasiswi akan mendapat Merit Mystar, E-Sijil Penyertaan serta berpeluang untuk memenangi hadiah yang sangat menarik! Program ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, pendaftaran adalah percuma!

INFO BERKAITAN PROGRAM

Tarikh      : 1 Oktober 2021 (Tutup Tarikh Pendaftaran)
                   3 Oktober 2021 (Tarikh Program)
Masa       :  8:00 Pagi
Platform :  Aplikasi Dalam Talian (Instagram, Telegram, Google Meet) 

Jadi apa tunggu lagi, marilah mendaftar dalam program MAC 2021 ini sekarang juga! Kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua mahasiswa-mahasiwi UMT. Insyaallah, jumpa anda di program itu nanti ya!

Link Pendaftaran: https://forms.gle/DpzY3A4J6MdGJngQ8

Link Group WhatsApp peserta: https://chat.whatsapp.com/FG5WZcEQqdX6HT91F1H63r

 

National Mathematics Competition 2021

Program “National Mathematics Competition 2021 merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT) dan terbuka kepada semua mahasiswa-mahasiswi UMT. Objektif program kami ialah untuk memastikan mahasiswa dapat bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dianjurkan universiti mahupun aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab akademik serta serta dapat mengasah pemikiran pelajar untuk berfikir secara kritis dan menambah ilmu pengetahuan mereka khususnya dalam bidang matematik.

Program ini merupakan “exam-based” competition di mana pelajar akan diberikan soalan di bawah silibus CORE MATHEMATICS yang telah dipelajari ketika di peringkat prauniversiti. Para peserta juga diberikan satu tempoh masa untuk menjawab, dan perlu mengantar pada link yang akan disediakan. Pemenang untuk program ini dinilai berdasarkan jumlah markah yang diperolehi dan yang paling cepat menghantar. Segala keputusan daripada pihak juri adalah muktamad.

HADIAH/KELEBIHAN PROGRAM

Mahasiswa-mahasiswi akan mendapat Merit Mystar, E-Sijil Penyertaan serta berpeluang untuk memenangi hadiah yang sangat menarik! Program ini juga tidak memerlukan sebarang bayaran, pendaftaran adalah percuma!

INFO BERKAITAN PROGRAM

Tarikh      : 1 November 2021 (Mula Tarikh Pendaftaran)
                   4 Disember 2021 (Tarikh Program)
Masa       :  10:00 Pagi
Platform :  Aplikasi Dalam Talian (Instagram, Telegram) 

Pendaftaran bagi program NMC 2021 akan dibuka bermula 1 November 2021. Sila follow dan rujuk ig kelab kami, @himmat_umt untuk lebih lanjut. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada semua mahasiswa-mahasiwi di seluruh IPTA.  Jumpa anda di program itu nanti ya!

Math is Fun 2021

Program “Math Is Fun 2021 merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT) dan terbuka kepada semua mahasiswa UMT. Program ini mempunyai 3 sub-program di bawahnya iaitu, Pertandingan Sudoku, Kuiz Math dan Ciptaan Video Matematik Berjangka Pendek. Objektif program ini ialah untuk mengasah minda dan mencungkil bakat serta kreativiti para pelajar di samping dapat membantu mereka menimba ilmu dan pengalaman sekaligus menarik minat mereka khususnya dalam bidang matematik. Setiap mahasiswa diberi kebebasan untuk memilih sub-program yang minat untuk disertai, penyertaan lebih daripada satu sub-program amat digalakkan kerana peluang untuk memenangi hadiah lebih tinggi. Setiap sub-program akan dijalankan pada masa-masa yang berlainan bagi mengelakkan pertindihan masa. Pemenang dinilai berdasarkan kriteria-kriteria tertentu dan keputusan daripada pihak juri adalah muktamad.

HADIAH/KELEBIHAN PROGRAM

Mahasiswa akan mendapat Merit Mystar, E-Sijil Penyertaan serta berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik dan lumayan!

INFO BERKAITAN PROGRAM “MiF 2021”:

Tarikh      :  24/10/2021 – 13/11/2021
Masa       :  8:00 Pagi
Platform :  Aplikasi Dalam Talian (Instagram, Telegram, Google Meet)

Pendaftaran bagi program MiF 2021 akan dibuka bermula 10 Oktober 2021. Sila follow dan rujuk ig kelab kami, @himmat_umt untuk lebih lanjut. Kami mengalu-alukan penyertaan daripada seluruh warga UMT.  Jumpa anda di program itu nanti ya!